Siswa Guru

Monday, October 1, 2018

PENYESUAIAN SOSIAL

KONSEP PENYESUAIAN SOSIAL 



Penyesuaian sosial lebih mudah difahami dengan keupayaan atau kebolehan seseorang untuk meletakkan dirinya dalam sebuah kelompok.Penyesuaian ini melibat aspek seperti tingkah laku,cara kehidupan dan sikap.Penyesuaian sosial perlu ada dalam diri seorang pelajar kerana sikap pasif di dalam kelas akan menyebabkan pelajar takut dan kurang keyakinan.



1.0 KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Kemahiran interpersonal adalah keupayaan seseorang untuk berkomunikasi dengan individu di sekeliling.Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya. 

Ciri intelek interpersonal: menjalinkan hubungan dengan masyarakat

                                          kemahiran komunikasi dengan baik
                                          mampu menyelesaikan konflik atau masalah


2.0 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Kemahiran intrapersonal adalah idea atau pemikiran individu secara dalaman.Boleh juga ditakrifkan sebagai keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.Kemahiran ini sangat penting kepada setiap individu untuk mengenali kebolehan dan keupayaan diri sendiri.Apabila seseorang tahu keupayaan dan keistimewaan kendiri,individu ini mampu untuk menentukan hala tuju.

Ciri intelek intrapersonal :   -  Alam
                                             -  Muzik
                                             -  Visual
                                             -  Interpersonal
                                              - Linguistik
                                              - Intrapersonal
                                              - Matematik
                                              - Badan

3.0 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

Komuniti bermaksud kumpulan individu yang mempunyai sikap dan pandangan yang lebih kurang sama.Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya.Komuniti pembelajaran juga adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.Pelajar perlu bergerak bersama,membantu rakan dalam kumpulan.

  FAEDAH : - Memupuk amalan kerjasama
                   - Dapat pengalaman bekerja dalam komuniti





4.0 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT

Perkongsian maklumat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Penggunaan TMK dalam kelas semakin mendapat sambutan.Perkongsian dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).Boleh dilakukan melalui penggunaan internet seperti blog, flickr, slideshare, skype, facebook, e-mail, twitter dan sebagainya.Kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan bagi memastikan pelajar-pelajar terdedah dengan TMK.


TUJUAN TMK DALAM PEMBELAJARAN : Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran  dalam TMK.Selain itu,bertujuan untuk memperluas kegiatan kurikulum berasaskan TMK.


Kelebihan Perkongsian Maklumat Melalui TMK :

  • Dapat berkongsi data dengan mudah dan pantas
  • Menjimatkan masa

Kelemahan Perkongsian Maklumat Melalui TMK :

  • Maklumat yang tidak pasti kesahihannya
  • Sumber yang tidak jelas

5.0 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan.Peranan gender mengikut persekitaran dan budaya.Sistem pendidikan di Malaysia mengutamakan kecemerlangan akademik.Bilangan pelajar perempuan di IPT lebih ramai berbanding lelaki.Rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijzah pertama dikuasai wanita.Gejala yang negatif mungkin menyebabkan ramai pelajar lelaki yang tercicir dalam pendidikan.Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita.Bertujuan membela nasib kaum wanita dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti. 

FAKTOR ISU GENDER :-Lelaki lebih senang dengan sistem yang tidak formal.   

             - Lelaki lebih minat kepada kemahiran dan teknikal.


Setelah anda membaca penulisan di atas,saya berharap agar dapat membantu anda dalam mengharungi kehidupan seharian.Banyak lagi yang perlu kita tambah baik kerana banyak kekurangan.Kita perlu bergaul dengan masyarakat setempat atau individu lain.Sekian.


No comments:

Post a Comment