Siswa Guru

Saturday, October 6, 2018

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

Related image



PENGENALAN
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kehidupan seharian individu menjadi semakin meluas. Ini kerana keperluan TMK untuk membentuk institusi pendidikan selari dengan teknologi inovasi dan pendidikan abad ke-21. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 mengkehendaki supaya semua institusi menyahut cabaran dalam anjakan ke-7 iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dengan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya, menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian dan penyampaian pengajaran, dan memanfaatkan penggunaan TMK bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri bagi meningkatkan kapasiti dan pembelajaran yang lebih khusus (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).


Dasar e-pembelajaran Negara Institusi Pengajian Tinggi (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011) merujuk kepada inisiatif untuk menyediakan satu kerangka pendidikan berkualiti dan hala tuju e-Pembelajaran yang sesuai dengan konsep satu Malaysia dan Model Baru Ekonomi (MBE) dan juga mendukung intipati strategik Rancangan Malaysia ke-10. Menurut Rohani, Ahmad Shaharil, & Abda Hamida (2015), e-pembelajaran dapat memberikan pelbagai faedah kepada pengajaran dan pembelajaran yang mana ianya melibatkan pengunaan teknologi dan pedagogi. E-pembelajaran mengintegrasikan komponen utama segmen e-pembelajaran seperti sistem pengurusan pembelajaran, sistem pengurusan kandungan dan sistem pengurusan kandungan pembelajaran (Mohamed Amin Embi, 2010).


LATAR BELAKANG
Selaras dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan, ramai pakar dalam bidang TMK ini memperkenalkan peralatan baru bagi pembelajaran di dalam bilik darjah secara maya yang mana ianya mengubah persekitaran pembelajaran. Teknologi internet ini telah mempengaruhi cara murid belajar dan cara guru mengajar menggunakan rangkaian atas talian untuk menghubungkan guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar, dan pelajar dengan bahan pembelajaran (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2011).

Sistem Pengurusan Pembelajaran
Sistem pengurusan pembelajaran adalah satu sistem aplikasi perisian yang berasaskan web yang direka untuk menguruskan kandungan pembelajaran, interaksi pelajar, alat penilaian, dan maklum balas kemajuan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajar. Pengurusan pembelajaran merupakan evolusi daripada proses dan sistem yang dibangunkan oleh sesebuah institusi untuk mendaftarkan pelajar ke dalam kursus-kursus tertentu dan menyimpan kesemua rekod aktiviti pelajar. Pelbagai pilihan pembelajaran dibangunkan supaya pelajar dapat mengambil kursus atas talian yang mana ianya adalah sebahagian daripada kurikulum formal atau memenuhi keperluan pensijilan institusi.

Ciri ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran


  • Platform yang menggambarkan sistem pembelajaran, sistem pengurusan kursus, sistem pengurusan kandungan, portal, dan sistem pengurusan instruksional
  • menggunakan internet melalui e – pembelajaran yang diperoleh di laman web universiti, institut atau kolej
  • Boleh memaparkan keputusan dan transkrip
  • Mempunyai ciri ciri penilaian untuk mngesan perkembangan pelajar
  • Mempunyai kalender kursus

Kegunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran
     
      • Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran lebih teratur
      • Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat
      • Dapat menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem
      • Meningkatkan kebolehan dalam pembelajaran
  • Dapat mengurus, mengesan, melapor dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan internet.
  •            Dapat menyampaikan ilmu pengetahuan
  •        Dapat membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran
  •        Dapat mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar
  •        Boleh mendapatkan data bagi memantapkan dan memantau pembelajaran pelajar
     Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran


  • membolehkan kandungan pembelajaran diperolehi secara atas talian
  • membolehkan pelajar melihat dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui web browser
  • membantu pelajar untuk mengakses maklumat pembelajaran dalam bentuk garis panduan kursus
  • membantu pelajar untuk memuat naik tugasan dan memuat turun nota kuliah
  • membantu pelajar untuk  berinteraksi secara aktif antara pelajar dengan pensyarah dan pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan bahan pembelajaran
  • membantu pelajar untuk  berkongsi ilmu pengetahuan
  • membantu pelajar untuk mengambil peperiksaan dan kuiz secara atas talian 
  •  membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran
  • mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar
  • mendapatkan data bagi memantapkan dan memantau pembelajaran pelajar


           Contoh Contoh Kelas Atas Talian



Unsur Penting Dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran
·  Capaian internet kerana pembelajaran ini hanya menggunakan sistem atas talian sahaja

Kategori Alat Dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran
Sistem pengurusan pembelajaran boleh dikategorikan kepada tiga jenis utama iaitu alat kemahiran belajar, alat komunikasi, dan alat produktiviti
 Ringkasan kategori LMS seperti rajah 1 di bawah. 

 
Contoh Contoh Sistem Pengurusan Pembelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan beberapa sistem pengurusan maklumat di sekolah sekolah kementerian. Antaranya ialah:



No comments:

Post a Comment