Siswa Guru

Saturday, October 6, 2018

Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis

Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis


Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari.Tujuannya supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan kerja kursus.




MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL


Bentuk maklumat yang perlu dianalisis ialah maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif.Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala maklumat kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.


Berikut adalah beberapa contoh maklumat dalam bentuk kuantitatif.

Jadual

Carta pai



MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN


Mentafsir maklumat bermaksud memberi penerangan atau mengulas tentang sesuatu bahan manakala Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti daripada maklumat yang telah dianalisis dan ditafsirkan.


   MENILAI MAKLUMAT

Menilai maklumat adalah pandangan dan idea penulis terhadap kesimpulan yang diperoleh berdasarkan pembacaan lepas berkaitan isu yang dibincangkan.

MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS



  • Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.

No comments:

Post a Comment